Like Us on Facebook

Visit Our Shop on Shopee

Contact Us

Contact Us on WhatsApp

Monday 1 December 2014

Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Harian dengan Mesin Aiskrim Goyang

Apa yang anda boleh lakukan jika mempunyai sebuah mesin ais krim goyang?
  1. Jika anda tiada masa untuk melakukan perniagaan ais krim goyang, anda boleh sewakan mesin ais krim goyang kepada mereka yang berminat dengan kadar sewa antara RM20-RM25/hari bergantung kepada pasaran setempat. Jika anda sewakan mesin aiskrim goyang selama 20 hari pada kadar sewa RM20/hari, pendapatan anda adalah RM400 sebulan. Setiap hari anda hanya perlu perlu mengutip kadar sewa mesin anda sahaja.
  2. Atau anda boleh jual sendiri ais krim goyang ini di tempat yang mempunyai ramai kanak-kanak seperti taman pemainan atau sekolah yang mampu menjana keuntungan lebih 150% atau lebih. Mesin ini mampu menghasilkan 500 batang ais krim goyang. Bayangkan keuntungan yang bakal anda perolehi.
  3. Anda boleh sewakan kepada mereka yang mengerjakan majlis-majlis keramaian seperti kenduri kahwin, hari terbuka keluarga dan sebagainya. Anda sewakan pada harga RM50 untuk mesin dan upah pekerja untuk membantu menyediakan ais krim goyang. Semua bahan-bahan pihak majlis yang sediakan. Anda hanya sediakan mesin ini dan diri anda.
  4. Anda juga boleh menjual ais krim goyang ini dari rumah. Bagaimana? Anda boleh jual secara pek dalam kuantiti 8 batang/per pek berharga RM3 atau 5batang/per pek berharga RM2. Anda pek dan simpan ais krim goyang dalam peti sejuk anda. Anda cuma keluarkan bila ada permintaan. Lihat gambar ini, anda boleh pek yang lebih sesuai berbentuk silinder atau plastik kontena yang lebih menarik.


No comments :

Post a Comment